Dituduh Mengedar DADAH Jenis GANJA Dan Memiliki Sejanta Berbahaya, Pelakon Aidil Aziz Sudah Dibebaskan, “Terselamat” Daripada Tali Gantung
Pelakon Aidil Aziz yang sebelum ini ditahan pihak polis atas dakwaan mengedar dadah jenis ganja seberat hampir 500 gram dan memiliki senjata berbahaya telah dibebaskan dengan ikat jamin berjumlah RM4,000 semalam.
Berita itu disahkan sendiri oleh pengurusnya yang dikenali sebagai Kam menerusi akaun Instagram miliknya.
Malah, Kam menerusi portal Astro Gempak juga berkata, segala pertuduhan terhadaap Aidil ditarik balik dan kini beliau berada di bawah pengawasan polis selama dua tahun.
Alhamdulillah, kami sekeluarga bersyukur kerana Aidil akhirnya dibebaskan. Keadaannya sekarang baik-baik sahaja cuma memerlukan masa untuk berehat bersama keluarga. Pihak polis memaklumkan kepada kami, Aidil telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang berada di dalam tahanan.
Aidil ditahan bersama dua orang rakannya, Omar Sayeed Ghulam Mohammad, dan R. Guevara di sebuah kediaman di Jalan Ampang.
Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Dituduh Mengedar DADAH Jenis GANJA Dan Memiliki Sejanta Berbahaya, Pelakon Aidil Aziz Sudah Dibebaskan, “Terselamat” Daripada Tali Gantung
Reviewed by
on
10:09
Rating:
No comments