Tauke judi di Sekinchan panas punggung... Terima kasih Jamal


Ada yang mengeji tapi tak kurang juga yang memuji tindakan Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos membongkarkan kegiatan judi tanpa lesen di Sekinchan.
Jamal bersama-sama puluhan pengikutnya memasuki sebuah pusat mesin permainan judi elektrik di Pekan Sekinchan, petang Jumaat.
Tindakan Jamal menyebabkan penjaga premis dan pelanggan yang asyik berjudi melarikan diri.
Jamal dalam kenyataannya kepada media berkata, terdapat kira-kira lima pusat mesin permainan judi elektrik di Sekinchan yang beroperasi tanpa dikenakan apa-apa tindakan penguatkuasaan.
"Di mana MDSB...saya dah hubungi majlis daerah, saya nak tengok mereka datang atau tidak untuk gempur pusat perjudian ini," katanya.
Beliau mendakwa, kerajaan negeri Selangor selalu bermain politik hinggakan pusat judi dibiarkan berleluasa di Pekan Sekinchan.
"Resort saya yang jadi pusat pelancongan diroboh, tetapi pusat judi ini dibiarkan terus beroperasi," katanya.
Berikutan pendedahan Jamal, sepasukan polis menyerbu premis tersebut kira-kira pukul 7 malam tadi.
Seorang pegawai serta 10 anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam itu kemudiannya menyita dan merampas barangan di dalamnya.
Pada Khamis, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohamad Razlan Mohamad Rafii mempersoalkan tindakan merobohkan resort milik Jamal di Sekinchan, Selangor berbanding premis judi dan rumah pelacuran haram yang bertaburan di sekitar Selangor.
Sambil menyifatkan perkembangan semasa sejak akhir-akihir ini seolah-olah nasib rakyat tidak diambil endah oleh kerajaan negeri Selangor, Razlan berkata, resort milik Jamal menjadi mangsa dendam kesumat kerajaan negeri.
"Alangkah indahnya jika premis judi dan rumah pelacuran haram yang bertaburan di sekitar Selangor dapat diambil tindakan pantas dan drastik sebegini. Tapi sayangnya premis haram tidak berlesen seperti di pekan Sekinchan dibiarkan saja oleh pihak berkuasa tempatan," katanya dalam kenyataan.
Semalam, Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) merobohkan sebuah resort di Sekinchan selepas menghantar notis perintah tutup pada sebelah pagi.
Notis bertarikh 22 Disember itu antara lainnya menyebut pemilik Sekin Fisherman Village Hotel & Resort menjalankan aktiviti perhotelan tanpa lesen yang sah daripada pihak berkuasa.
Menurut Jamal beliau sudah lima tahun memohon lesan namun permohonannya tidak dilayan oleh pihak berkuasa negeri.-24/12/2016
Tauke judi di Sekinchan panas punggung... Terima kasih Jamal Tauke judi di Sekinchan panas punggung... Terima kasih Jamal Reviewed by on 09:15 Rating: 5

No comments